Monday, May 23, 2011

aku nak berkarya " k.a.t.a "




raut wajah mu penuh dgn urat 
urat apakah itu !
mungkin ini urat beban yang aku pikul 
semata-mata untuk melihat kau d kemuncak  
wahai si anak 
tangan aku kasar kerana aku raut segala kekerasan dunia 
semata-mata untuk lihat kau meraih undi dunia 
aku tidak pandai bermain wadah 
aku hanya usap raut wajah mu ketika kau lena dibuai mimpi senja 


" itu kata sia ayah " 





kedut rupamu tiada terhingga
rasa ketar tanganmu jelas mencakar minda
senyuman mu tanpa ihsan dibuang 
semata-mata melihat kau kekenyangan 
kaki jelas terasa kematu
kerana hela jarak perjalanan semata-mata mencari sesuap nasi
untuk dirimu yang bergelar " sayangku" 
dirinya sanggup meredah onak duri 
adalanya kaki tergeliat ketawa, menangis 
kerana kesakitan
tetapi si jasad yang memegang segala nafsu
tidak pernah mengalah 
andaikata bakul bawaanmu diisi dengan pusaka
mungkin aku dapat membahagiakan dirimu wahai " sayangku"
satu pinta ku wahai " sayang" jangan kau lupa 
bahawa peluh aku 
yang sentiasa mengalir di sel darahmu 
aku sanggup menahan kekenyangan kerana aku tahu kau perlukan 
secamca nasi untuk kau membesar 
" kata si ibu "









wahai ibu ayah 
kau laksana kekuatan untuk aku bangun
aku tahu kemahuan mu 
aku teruja dengan panduan doamu 
aku tahu hala tuju mu 
andai kata  suatu hari aku bergaji 
andaikata suatu hari nanti aku melakar kemenangan 
disinilah ,hadiah untuk mu 
aku tahu jauh perjalanannya
tetapi aku tahu al-kholik akan mengizinkan aku 
aku tahu kau telah  melakar usia 
aku tahu aku akan laksanakan
satu pintaku wahai bonda dan ayahanda
aku perlukan doa darimu 
untuk aku kemenara kemenangan 
dan tempat itu pasti  menjadi destinasimu .. 


" kata si anak " 


5 minit aku lontarkan  wadah ini , tak sama dgn 21 tahun aku hidup sebagai seorang anak , dan kasih mereka  tiada tandingan .. tiada kaitan yg hidup atau yg telah mati , " pic itu adalah  trmark semata-mata " .. 

terima kasih cinta



aku hidup atas cinta
kerana cinta wujudnya diriku
kerana sayang ada aku didunia
kerana dirimu aku merasai


aku lahir kerana kasihmu
zahir batin kau satukan
camar dan unggas berteriak ketawa
tanda syukur adanya aku


ucapan cintamu
disatukan dari dua bibir merah
ucapan sayang
disatukan dalam satu pelukan
kerana adanya dirimu
aku dapat melihat ciptaan luas


satu ucapan luhur raut wajah
cinta,kasih,itulah hiperbolanya
kerana dirimu bagaikan emas
yang akan menyaluti setiap detik jam yang berlari
tiada ikatan pemisah antara kita bertiga
hanya takdir yang bisa meleraikan
setiap kasih yang kau salurkan


" khas buat mu wahai ibu dan ayah " - tiada bicara yang boleh diganti pengorbananmu , melainkan doa ,kejayaan d  dunia n akhirat , dan anak soleh dan solehah untuk kalian berdua ..



pagi yang tenang

assalamualaikummmm semua:)


pagi yang indah jika disaluti  dengan kesejukan amat menyeronokkan . pagi tanpa kicauan unggas amat tidak bermakna pagi diriku .  tidak lengkap untuk makanan jiwa aku , kalau pagi tidak bermula dengan  khalimah allah s.w.t, pasti hilang rasa nyamannya. 
hari ini entah macam mana aku tak sedar paluan alarm hanphone .. yaallahhhh, nasib baik awal lagi . aku harap ia x kan berulang lagi , kerana alangkah ruginya jiwa , batin , dan zahir aku jika allah mencabut nyawa aku sebelum aku menunaikan ibadat-Nya. 


pagi n aku ada baca buku keberanian menggabai harapan " oleh obama" . aku suka sangat buku ni, sebab buku ini banyak memberi pengetahuan yang cukup luas untuk aku mengenali dunia politik , dunia america , dan dunia barack sendiri . aku nak kongsi cerita dgn korang semua , rupanya makna disebalik obama itu cukup gah, dan  indah ,iaitu " keberkatan dan keindahan yang diciptanya " memang cantik dan power ar makna tu , cuba kita tengok disebalik pemerintahannya , amat bagus dan semakin hari semakin wujud keamanan, walaupun diibaratkan seperti " kura-kura berjalan . aku suka cara hidup barack . bagi dirinya emak n ayahnya menjadi idola .  mmmg bagus. cuba korang  bayangkan manusia spt obama terpaksa menunggu selama 232 tahun selepas america mencapai kemerdekaan , semata-mata untukmencecah  tradisi dominasi bangsa yang berkulit putih , dan hari ini semua itu telah tercapai dan ia telah bertukar wajah n warna ..  
beliau n lahir d hawaii ..dalam  buku n cakap ia adalah kacukan daripada melayu-polinesia , dan campur inggeris -america . mmg menakjubkan :::: kalau korang nak tahu lebih banyak lagi , dapatkan lah buku yang bertajuk " BARACK OBAMA " keberanian menggapai harapan " the audacity of hope " dan aku nak kongi lagi buku ni mmg laris d america , dan ia adalah adaptasi daripada " dreams from my father " iaitu terbitan n.york times  ..


aku nak petik satu kata-kata "pandangan yang optimistik ttg keupayaan america dan biografi politik yng berkisarkan nilai teras seorang senator "- mike dorning, chicago tribune ..


aku harap sangat aku  dapat habiskan buku ini sebelum aku melangkah k next sem .. aku akan jadikan semangat barack ini masuk melayari sel darah ku ... 

Saturday, May 21, 2011

betulkah ia jiwa si penulis " aku vote semua yang bergelar penulis "

bumi melayu bergegar 
bergegar kerana satu maklumat 
satu suara kedengaran 
mengapa dan bagaimana 


bagaimana nasibnya
kerana si usia sedang ketawa terhilai 
menghilai di balik cagaran kulit wajah paparanmu
mana simbiosis diri 
mana janji pertuanan 


diri batin kau diejek
hanya sungai  lesu mengalir di balik kelopakmu
hanya bisikan suara tua 
yang membingitkan ruang simen
yang menjalar ruang kertas 
yang mengadu ruang tetikus


jangan kerana permintaan
kau menghina dirinya yang bergelar penulis 
adakah kau mengenali setiap wadahnya
andai kata kosong jiwamu
kenalilah jiwa, madah dan wadahnya
kerana pergerakan sendinya 
adalah untuk cicit bangsanya 

nukilan " saya nak perpuisi " ..

aku nak berkarya kejappp " hebatnya seekor bintang "

andai kata bintang itu milik aku 
pasti aku simpannya dalam sakuku
andai kata aku dapat mencapainya 
akan aku rasa kehangatan sinarnya 


bukan mudah untuk mendapatkan satu bintang 
bukan mudah untuk bintang itu  menyinari kemahuannya
bukan senang untuk melakarkan bentuk burujnya 
kerana cuaca yang menentukan 


apa kata bintang
sedangkan bintang inginkan pasangan 
ini kan pula yang bergelar insan ber`roh


aku beri untuk dirimu wahai bintang
dua deminsi
aku hadiahkan kau bintang semu dan nyata 
kerana aku tahu kau perlukannya 


andai kata semu itu tak bercahaya 
bintang nyata yang membahagiakan kilauannya .. 

astagfirullahhhhhh

BAGAMANA ALAM SEMESTA INI TERBENTUK?
Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan dia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.
Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?
BAGAIMANA ALLAH MENCIPTA ALAM SEMESTA INI?
Para pakar sains telah melakukan satu penemuan penting pada tahun-tahun mutakhir ini. Penemuan penting itu ialah sebelum alam ini terbentuk, tidak wujud benda lain. Tiada tanah, udara, air, dan tiada bintang-bintang; malah tiada ruang. Di dalam kekosongan ini, terdapat satu titik kecil. Titik ini terlalu kecil sehinggakan sukar untuk mata kita melihatnya. Berbagai bahan telah dimampatkan bersama di dalam titik kecil ini. Kemudian, pada satu ketika titik ini meletup. Apabila ia meletup, semua bahan yang termampat di dalamnya telah berselerakan. Selepas itu, pecahan-pecahan bahan ini akan bergabung untuk membentuk atom-atom yang pertama, kemudian daripada atom-atom ini, bintang-bintang, matahari, bumi dan planet-planet lain. Pakar sains menamakan letupan ini "Big Bang". Semua yang terdapat di dalam alam semula jadi ini adalah hasil daripada Big Bang ini.
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah "meletup". Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah vila atau sebuah lapangan terbang - sesuatu yang kamu sendiri tidak dapat lakukan - di dalam bilik kamu? Atau adakah ia akan berselerak di serata bilik kamu? Sudah tentu, ia akan berselerak di dalam bilik kamu. Kamu perlu menyusun pecahan-pecahan jigsaw tersebut untuk membentuk sebuah lapangan terbang atau sebuah rumah.
Allah adalah Pencipta kepada "Big Bang" ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas "Big Bang". Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadi" maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Ia mempunyai anak sedang Ia tidak mempunyai isteri? Ia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu, dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya. (Surah Al-An'am: 101)
ALLAH MENJADIKAN BUMI UNTUK KITA
Allah telah mencipta bumi, matahari, bintang-bintang dan bulan. Jadi bagaimana semua hidupan di bumi ini muncul? Bayangkan sebuah planet gergasi dengan permukaan yang sama sekali kosong. Tiada manusia atau binatang, tiada tumbuh-tumbuhan atau serangga.
Bumi telah dihiaskan dengan begitu terperinci untuk membolehkan hidupan hidup. Allah telah memberikan semua perincian ini. Jika tidak, tiada seorang pun yang dapat hidup, sama ada kamu, ibu bapa kamu, atau kawan-kawan kamu.

Friday, May 20, 2011

kata sahabat" u.s.i.a "

wahai sahabat 
jangan sesekali engkau mengakui engkau sahabat sejati
jika kau belum mengenal apa itu erti " sejati"
 

heyyy 
sahabat , jgn kau pernah merasai hebatnya disaluti rindu 
jika kau belum mengetahui rahsia " amanat"

sahabat 
jangan pernah rasa kecewa dengan sikap ku, 

kerana engkau belum mengerti semuanya ,

jgn pernah bertanya tentang pengharapan 
kalau kau tidak mengenali makna " 2" 


sahabat 
jangan kau tangisi pemergian ku 
kalau kau belum mengenal angin dan ombak 
jangan kau bersedih sahabat , sekiranya jasad ku tak inginkan rohnya 
untuk aku tubuh aku milik nafsu ku
roh ku untuk tuhanku 
jiwa aku untuk diriku 


sahabat 
andaikata aku menutup tubuhku dgn ela putih 
jangan kau meratapi wang ringgit dan kenangan 
lepaskan aku dengan rela 
bagaikan merpati 
kerana aku milik pencipta


satu pintaku 
wahai sahabat 
andai aku  pergi tidak pulang ,
kau teruskan perjuangan mu didunia emas ini
kerana aku tahu kau hebat 


satu pintaku lagi 
andai kata berita itu bawa angin hitam 
jangan kau helakan nafasmu dengan debu
kerana aku inginkan doa munajat darimu 
untuk aku dialam yang kekal dan selamanya 
hanya doa , kenangan , rindu ,kasih kita peneman sebelum sakratul maut mengoncang nafas ini .. 


"yg berharap :: u.s.i.a " - semoga mimpi itu mainan tidur 
dari kum-kum " tagline yg paling swett dlm hidupku " . dan aku rindukan kum-kum 

untuk yang bernama i.n.s.a.n

dunia 
apa kau lihat disebalik tabir 
kau lingkarkan semungkin boleh 
panahan udara dan darat 
merosakkan jiwa bangsamu 

dunia
apakah pernah merasa pahitnya sebutir peluru
apa kau pernah tahu kepantasannya
sedangkan kau penunjuk
tetapi
kesakitannya pada al-insani

pernahkah kau terlintas dari kotak manipulasimu
bagaimana takutnya mereka 
bagaikan nafaz berlari mencari corong udara 
sedangkan engkau merasai kehangatan madu mereka 

ketahuilah 
selangkah mereka adalah doa untuk mu
doa dari mulut lingkaran usia 
terombaknya cetusan kasih mereka 
kerana namamu
dan mereka makin hancur 
tanpa nisan yang menjadi penanda bakti mereka 
sedangkan engkau bernama ...

aku sayang org yg bergelar " cikgu ";; khas utk mu cikgu ... penat n buat puisi n

guru !
senyumanmu , hilaimu 
terubat lingkaran hatiku, 
guru! 
dikala beban bahuku menjerit 
aku terasa bahangnya
bahang namamu , jasamu
di kotak lilitanku,

guru!
andaikata engkau tiada
hilang namaku di benua lautan
hilang wajahku
didasar kenyataan, 

guru! 
jasamu tiada bandingan
jasamu tiada rintihan
dugaan dibelai 
belaian diukir dgn kejayaan,

guru! 
ada apa dgn namamu 
secebis harapankah
ingin melihat didik maju, mara 
di benua

guru!
aku masih mahukan namamu
aku masih merasai kehangatan suara panggilanmu
aku masih lena dibuai wajahmu
jasamu
kerana engkau guru 

andai kata sekarat mana besi itu, jika di lurut dgn pelbagai sel hidup , pasti bersinar sifatnya  bagi aku ~`~ terima kasih cikgu ~~ kerana mu aku kenal apa itu ilmu , hidup , persahabatan, kebencian, dan aku kenal """ apa itu makna """ terima kasih cikgu " " balas cikgu " sama-sama " itu lah dirimu ..  

4 u gazaa " aku nak perpuisi ""

kau lakarkan seribu dugaan 
kau taburkan puluhan cebisan daging
kau leraikan tali ikatan 
kau madahkan janji madu 


tasik gelora beralurkan darah 
beralurkan suara
suara tangisan
tangisan dibawah dahan gelora
letupan dendam yang mencakar jiwa


bumi mana yang mahukan gagak hitam
merpati putih yang didasarkan paluan kesengsaraan
setiap kedengaran suara
suara yang didasarkan paluan gendang 
yang menghimpit kelukaan


andai kata bumi dikawal
akan dikawal bersama ratusan rempah 
akan bumi dirempuh darah 
rempah yang akan mendasarkan kilauan mentari
kilauan yang mencakar sejuta ketenangan 
dan kemanisan insan .. 

aku nak perpuisi niiii..

""people are lonely bcs they build walls instead bridge "" betulkan ...???
hari n aku nak kongsi hidup aku , pengalaman aku dgn korang semua , harap korang baca dgn penuh bicara hati ya .. 


aku dlahirkan pada 22 jan . aku n dbesarkan oleh satu keluarga yg penuh kasih n sayang , aku ank k 3 dari 3 adik beradik . dari kecil lagi aku hidup susah , tapi lau nak kata susah tak la susah sangat , alahh ala kadar je hidup . aku sayang mak ayah aku. dari kecil lagi aku dah kenal erti susah dalam hidup , aku yakin hidup korang n senang kan , bagi aku tidak seberapa , aku sebenarnya segan nak cerita n , tapi aku dberi kan kekuatan oleh allah , buat apa aku nak segan , sbb ini adalah realiti akukan ,, betul x korang ???

aku dibesarkan dgn penuh dugaan hidup , tapi mujurlah aku n anak yg x pernah mintak apa-apa dgn ibubapak aku ,sbb aku tahu mereka n x da duit , biasa la aku hidup x macam zaman budak-budak sekarangkan , ada teknologi yg canggih , aku ingat lagi permintaan aku buat pertama kalinya aku nak " jam tangan adidas .. fuhh mahal kod harganya , bukan main lagi aku mintak dgn ayah aku , garu kepala dia nak belikan utk aku . aku ni jahat jugak kan paksa ayah aku , .. biasa la ank muda , lau dah nak mmg nak . tak boleh dpaksa .. masa tu hidup aku susah la jugak , sbb ayh aku kena tampng abg aku d um , n kakak aku d kolej perak , aku still sorang d rumahh , boring gilerr ... 
masa tu aku teringin sangat nak makan makanan yg sedap-sedap " tgk zaman la , jgn bandingkan dgn zaman sekarang err" -90.an .. aku tgk kawan-kawan aku setiap kali musim persekolahan , semuanya barang baru , tak macam aku , tapi aku  sabar jeee .. takdir .. 


aku mmg puji ar mak ayah aku , kalau diaorang x paksa aku habiskan satu al-quran , belajar agama ,mungkin aku sesat kod ,, haa,,haaaaa.. masa  d sekolah aku d ejek , ye lah , aku tahu la , sbb muka aku n x secantik artiskan . manis tu ada la . masa dsekolah dulu , aku ada la kenal seorang mamat n " namanya .... korang nak tahu ke .. kata org first love laaa, namanya muhd syawal alafi bin che deraman .. tapi aku x tahu d mana dia sekarangggg :::::@$#%#$% missing kodd. tapi dia lah first love aku .. ha, ha,, perasan la pulakk .. 


mak aku sentiasa pesan " kau belajar dulu , jgn dok gatal nak " gewe " ha, ha,, , ya sampai sekarang aku pegangg kata-kata tu , ingat kita ni otg susah , siapa yg akan bagi ko duit kalau aku nak x da , mmg la ada abg or kakak sekalipun , dia x kan tanggung kita sampai mati ..??? betul tak .. 
maka aku pun kuat kan usaha utk aku masuk k universiti .. huhhhh pelbagai onak n duri aku lalui .. aku d caci oleh kawan -kawan , aku n marah oleh guru , aku pernah kena conteng dekat muka dgn pen .. asenya cikgu n ada ke tak lagi .. aku jugak perrnah d ketuk kepala dgn buku tangannya , dah la pakai cincin besar nak mampusss ,, nak kena saman n .. sabar je lahh . fitrah hidupkann ... 


mak ayah aku :: aku mmg sayang merekaa.. setiap hari kod aku call mereka .. sebb mereka masih hidup lah aku nak jadi diri aku yg terbaik utkmereka .. aku nak jadi anak solehah utk mereka berdua ..


putaran jam berlari . usia mengejar ku . musim berombak , angin mengubah keadaan /////////#@$#%$


yesssss::: aku dapat masuk k universiti . tak sangka : aku ingatkan aku x dapat u dah , maklumlah org kata lau ank bongsu n slow sikit , tapi aku slow rock . aku aktif x macam abg kakak aku .. masa exm aku yg dapat tggi berbanding abg n kakak aku .... kira ok lah tuu kann .. 


sem n d ipta aku n , telah meninggalkan sejuta , berbilioonnnnnn kenangan .. aku pernah di  ketawa oleh sahabat lain masa aku present ..yaallahh mmg sedih , sbb dimana sahaja aku berada aku selalu dketawakan .. sabar je lahhh .. fitrahkann 
 aku pernah jadi pengapit utk seorang penulis ni .. howwww maaaa .. manis nyaaaa, tma kasih utk sahabat aku yg bernama N.A dan N.H" kerana mereka , la aku terpaksa pakai baju pengatinn . maluuu dokkkkkkkk .. sabar fitrah kann 
aku pernah dikecewa oleh seorang llki .. sanggup mainkan perasaan aku . tak sangka aku . aku tahu ia adalah satu gurauan , tapi ingat ye bro , kerana kata kau apada aku , aku  hilang arah , otak aku serabut .. seminggu tu .. nasib baik aku sedar dari awal . alhamdulilahhhhh yaallahhh , kerana engkau sedarkan aku dari kecelakaan yg aku bina sendiri ini ... korang rasa patut ke , seorang llki .. eeeeeeee. aku x tahu nak kata apa dah ni ,setiap x aku ingat peristiwa ni , al-quran la tempat aku , .... walaupun llki n pernah sakitkan hati aku , ttpi aku sudi maaf kannya , aku pulak yg minta maaf ..... apa ni !!!!!!... llki n ego !!!!!. tak nak mengaku .. aku sebagai hamba allahh , sabar n maafkan nya . KORANG NK TAHU  ,,, aku bagi cadburry ..." aku harap kau nikmati coklat n " tapi sayang mamat n x tahu apa-apa ttg coklat . bagi aku coklat itu ada manis , n pahit , semua kenangan aku ada dalam coklat bar tuuu .. dia mahukan perfct dlm hidupnya .. biarlahhhh , dan aku ttp berdoa utk mu " semoga kau yg bergelar llki , akan dapat yg terbaik "" .. dan kini hati aku mulai terlerai marah . aku dah jadi kawan baik sekarang ni """ bagi aku allah nak yg terbaik utk umatnyaa.. """ aku sabarrrr ...
kadang-kadang aku nak jugak rasa d cintai . cinta yg ikhlasss .. sabar je lahhh ... " macam mana aku nak mencintai manusia dunia , kalau aku belum mengenal diri aku , macam mana aku nak jadi kkasih org sedangkan aku belum sepenuhnya mencintai d atas sana, macam mana aku nak jadi ibu , sedangkan aku belum curah sepenuhnya kasih , rindu , sayanag aku pada mak ayah aku .. sabar je lahhh ..allah lebih mengetahuiii kann .. 



satu riwayat " katanya . manusia selalu inginkan kebahagian n kesenangan , sedangkan kedua-duanya adalah milik syurga sana " didunia adalah ada kesusahan n kebencian .. ""'

kata pram " aku akan menulis kerana ayah aku , aku akan sambung jasad penulisannya"

santaiii

hurmmm , pagi n aku jogingg.. penattt , balik dari jgng buka fb jap , n hantar borang penilaian.. makin lama badan n makin berat , macam mana la aku nak masuk gelanggang utk bertanding niii .. dah la aku wakil ipta aku , fuhh , berat giler tanggungjawab aku , aku pergi sana bawa nama aku , u aku , mak ayah aku , kawan-kawan aku , terutamanya si " N.A" fuhh ni mesti lau dia baca blog aku ni , pasti perasan " poyo " . hurmmm , aku ada masa x sampai sebulan lagi , andai kata aku dapat medal " alhamdulilahhh . aku x kan sia-siakan harapan mereka , walaupun aku tak dikenali org dkt ipta aku , tapi aku yakin suatu hari nanti aku dikenali , bagi aku aku x suka heboh-hebohkan cerita , biar org lain tahu dari mulut org lain ,, buat apa aku nak hebohkan program aku ,, aku buat ini pun kerana aku tahu tjwab aku utk ipta aku , n kerana ALLAH... 




aku nak kongsi ar dgn korang semua ,, mggu lepas aku ada mengikuti satu bengkelll .. yaallahhhhhhh , penatt otak aku , tapi bestt , mmg power giler sape yg ikut bengkel tuuu , semuanya mantapp .. aku jumpa sm zakir n kak ana .. mereka bagi sokongan pada aku . insyaallahh aku ingin menjadi seorang mahasiswa yg berkaliber , sopan , berjaya , n terutama sekali aku nak ubah persepsi aku.. he,heee.. 
lau boleh kan sem depan aku nak jadi super model utk junior aku , insyaallahhh.. sem depan aku nak berguru dgn seseorang yg bernama " z" . sebab sekarang n pun aku tgh kumpulkan sebanyak mungkin tajuk , isian puisi , cerpen utk d kongsi dgn " z" , aku nak hasil aku d terjah dlm wadah .. 


time dkat upsi tu , aku ada la berkenan seorang mamat ni , tapi dah berpunya ,,, tak pa lah , x da jodoh ,.. aku kena terima ketentuan oleh allahh .. " hurmm petang n ada traning lagi "" makkkkkkk penatt , habis lutut aku n lebammm .. nak balikkkkk umahhhh .. 


ok lahhh , setakat ini sahaja lah santai aku ... aku nak pikir puisi nnnn , aku nak kongsi dlm blog aku .... aku menulis kerana aku manusia , aku menulis keranamu .. semoga penulisan blog aku ni d berkati ..