bagaimana harus hidup kau mentafsir
bukan apa hidup itu , sayang
hingga melampaui telaga
satu satu hidup kau buka
kerana kau memeilihnya
terbang saja kau hingga ke negeri ghaib
namun kau tetap kasihku selama
lagu demi lagu perkahwinan berkembang
bunga -bunga bercintaan di awan
kita sendiri-sendiri menuju perahu hitam sekarang
menolak mimpi-mimpi hati ke sisi
kita terharu sama-sama pada hidup jarak
# suhaimi haji abdullah ......:)
TERIMA KASIH KERANA SUDI LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA SEGALA ISIAN BLOG YANG TAK SEBERAPA INI. ADAKALANYA KITA MERASAKAN PENULISAN KITA YANG TERBAIK , TETAPI PENULISAN DIANGGAP YANG TERBAIK JIKA EDITOR YANG MEMUTUSKANNA.
Thursday, August 18, 2011
PINTU AKU SUDAH DIKETUK OLEH YANG MAHA ESA
hati meronta
inginkan sentuhan kalbu darimu
ingin rasakan hangat cinta sejatimu
wahai selasih
betapa kuat getar bibir ini
memanggil namamu
betapa laju jantung menggegar
hanya semata-mata
inginkan belaian darimu
terasa ingin dipeluk dari imanmu dan tubuhmu
namun
sudikah engkau memeluk tubuh luhur ini
sudikah engkau memegang erat tangan ku ini
kerana semata-mata aku telah berubah
aku berubah kerana yang batil dan hakiki
mungkin aku tak perlu lagi
pelukan manja di waktu malam dan suara lesu longlai
di waktu malam
wahai kasih
kerana hati sudah lebur, tawar terasa
dan tiada lagi rasanya madu
yang tinggal hanya rasa hempedu pekat
dan
mengejutkan rohani dan batin aku
semuanya itu kerana allah
Allah mengetuk pintu emas buatku
pintu taubat luas terbentang
supaya aku dapat menyesali
segala dosa semalam
ketika aku bersamamu ..
IKHLAS dari wakitabuhu/ pemiliknya ....
pic time p broga hill -team pencak s
BISIKAN KOTA TUA
Dulu aku perlukan segala jentera
untuk aku bangunkan kota tua ini
dulu aku inginkan suara-suara kesibukan
dulu juga aku risaukan kesunyia
yang akan mencakar batin dan perasaan aku
dulu aku bantah segala jawatan dan lawatan
kerana aku risau akan cicitku
tidak mengenal apa itu becah
tapi
semuanya hilang dari benak fikirku
jika dulu aku cintakan kesunyian
tapi kini aku benarkannya cinta segala kesibukan dan kegairahan
aku benar sayang akan jentera
jentera pelbagai warna hiasan
kalau dulu aku ingin membahagiakan
cicit dengan kota tua
namun kini aku buang segala kalau
dan kini aku inginkan kemewahan
untuk cicit aku dihari ini,esok,lusa,
dan sampai tua
seperti kota tua ini
kini kita kembali sibuk
dan bukan lagi kota tua
yang akan mati di dalam lumpur pekat
kerana kau dibangunkan
kau dibangunkan dengan modal
sehingga kau digelar jagat raya
yang akan memukau pandangan manusia lain
untuk menilaikannya
Subscribe to:
Comments (Atom)

