BISIKAN KOTA TUA
Dulu aku perlukan segala jentera
untuk aku bangunkan kota tua ini
dulu aku inginkan suara-suara kesibukan
dulu juga aku risaukan kesunyia
yang akan mencakar batin dan perasaan aku
dulu aku bantah segala jawatan dan lawatan
kerana aku risau akan cicitku
tidak mengenal apa itu becah
tapi
semuanya hilang dari benak fikirku
jika dulu aku cintakan kesunyian
tapi kini aku benarkannya cinta segala kesibukan dan kegairahan
aku benar sayang akan jentera
jentera pelbagai warna hiasan
kalau dulu aku ingin membahagiakan
cicit dengan kota tua
namun kini aku buang segala kalau
dan kini aku inginkan kemewahan
untuk cicit aku dihari ini,esok,lusa,
dan sampai tua
seperti kota tua ini
kini kita kembali sibuk
dan bukan lagi kota tua
yang akan mati di dalam lumpur pekat
kerana kau dibangunkan
kau dibangunkan dengan modal
sehingga kau digelar jagat raya
yang akan memukau pandangan manusia lain
untuk menilaikannya
No comments:
Post a Comment