orang tua itu inginkan manisan
kerana manisannya sampai
ke hati
insan itu inginkan garam
kerana garam banyak
mengajar ranjau perjalanan
insan itu perlukan api
bukannya untuk menerangi
tetapi untuk menilai kekuatan
insan itu perlukan air
bukan kerana haus
tetapi perlukan ia
untuk menilai ketenangan
insan itu perlukan botol kosong
untuk dirinya mengisi segala ramuan rasa itu
kerana itu
bekal dihari esok dan hari mati ....