raut wajah mu penuh dgn urat
urat apakah itu !
mungkin ini urat beban yang aku pikul
semata-mata untuk melihat kau d kemuncak
wahai si anak
tangan aku kasar kerana aku raut segala kekerasan dunia
semata-mata untuk lihat kau meraih undi dunia
aku tidak pandai bermain wadah
aku hanya usap raut wajah mu ketika kau lena dibuai mimpi senja
" itu kata sia ayah "
kedut rupamu tiada terhingga
rasa ketar tanganmu jelas mencakar minda
senyuman mu tanpa ihsan dibuang
semata-mata melihat kau kekenyangan
kaki jelas terasa kematu
kerana hela jarak perjalanan semata-mata mencari sesuap nasi
untuk dirimu yang bergelar " sayangku"
dirinya sanggup meredah onak duri
adalanya kaki tergeliat ketawa, menangis
kerana kesakitan
tetapi si jasad yang memegang segala nafsu
tidak pernah mengalah
andaikata bakul bawaanmu diisi dengan pusaka
mungkin aku dapat membahagiakan dirimu wahai " sayangku"
satu pinta ku wahai " sayang" jangan kau lupa
bahawa peluh aku
yang sentiasa mengalir di sel darahmu
aku sanggup menahan kekenyangan kerana aku tahu kau perlukan
secamca nasi untuk kau membesar
" kata si ibu "
wahai ibu ayah
kau laksana kekuatan untuk aku bangun
aku tahu kemahuan mu
aku teruja dengan panduan doamu
aku tahu hala tuju mu
andai kata suatu hari aku bergaji
andaikata suatu hari nanti aku melakar kemenangan
disinilah ,hadiah untuk mu
aku tahu jauh perjalanannya
tetapi aku tahu al-kholik akan mengizinkan aku
aku tahu kau telah melakar usia
aku tahu aku akan laksanakan
satu pintaku wahai bonda dan ayahanda
aku perlukan doa darimu
untuk aku kemenara kemenangan
dan tempat itu pasti menjadi destinasimu ..
" kata si anak "
5 minit aku lontarkan wadah ini , tak sama dgn 21 tahun aku hidup sebagai seorang anak , dan kasih mereka tiada tandingan .. tiada kaitan yg hidup atau yg telah mati , " pic itu adalah trmark semata-mata " ..