Monday, May 23, 2011

aku nak berkarya " k.a.t.a "




raut wajah mu penuh dgn urat 
urat apakah itu !
mungkin ini urat beban yang aku pikul 
semata-mata untuk melihat kau d kemuncak  
wahai si anak 
tangan aku kasar kerana aku raut segala kekerasan dunia 
semata-mata untuk lihat kau meraih undi dunia 
aku tidak pandai bermain wadah 
aku hanya usap raut wajah mu ketika kau lena dibuai mimpi senja 


" itu kata sia ayah " 





kedut rupamu tiada terhingga
rasa ketar tanganmu jelas mencakar minda
senyuman mu tanpa ihsan dibuang 
semata-mata melihat kau kekenyangan 
kaki jelas terasa kematu
kerana hela jarak perjalanan semata-mata mencari sesuap nasi
untuk dirimu yang bergelar " sayangku" 
dirinya sanggup meredah onak duri 
adalanya kaki tergeliat ketawa, menangis 
kerana kesakitan
tetapi si jasad yang memegang segala nafsu
tidak pernah mengalah 
andaikata bakul bawaanmu diisi dengan pusaka
mungkin aku dapat membahagiakan dirimu wahai " sayangku"
satu pinta ku wahai " sayang" jangan kau lupa 
bahawa peluh aku 
yang sentiasa mengalir di sel darahmu 
aku sanggup menahan kekenyangan kerana aku tahu kau perlukan 
secamca nasi untuk kau membesar 
" kata si ibu "









wahai ibu ayah 
kau laksana kekuatan untuk aku bangun
aku tahu kemahuan mu 
aku teruja dengan panduan doamu 
aku tahu hala tuju mu 
andai kata  suatu hari aku bergaji 
andaikata suatu hari nanti aku melakar kemenangan 
disinilah ,hadiah untuk mu 
aku tahu jauh perjalanannya
tetapi aku tahu al-kholik akan mengizinkan aku 
aku tahu kau telah  melakar usia 
aku tahu aku akan laksanakan
satu pintaku wahai bonda dan ayahanda
aku perlukan doa darimu 
untuk aku kemenara kemenangan 
dan tempat itu pasti  menjadi destinasimu .. 


" kata si anak " 


5 minit aku lontarkan  wadah ini , tak sama dgn 21 tahun aku hidup sebagai seorang anak , dan kasih mereka  tiada tandingan .. tiada kaitan yg hidup atau yg telah mati , " pic itu adalah  trmark semata-mata " .. 

No comments:

Post a Comment