Monday, May 23, 2011

terima kasih cinta



aku hidup atas cinta
kerana cinta wujudnya diriku
kerana sayang ada aku didunia
kerana dirimu aku merasai


aku lahir kerana kasihmu
zahir batin kau satukan
camar dan unggas berteriak ketawa
tanda syukur adanya aku


ucapan cintamu
disatukan dari dua bibir merah
ucapan sayang
disatukan dalam satu pelukan
kerana adanya dirimu
aku dapat melihat ciptaan luas


satu ucapan luhur raut wajah
cinta,kasih,itulah hiperbolanya
kerana dirimu bagaikan emas
yang akan menyaluti setiap detik jam yang berlari
tiada ikatan pemisah antara kita bertiga
hanya takdir yang bisa meleraikan
setiap kasih yang kau salurkan


" khas buat mu wahai ibu dan ayah " - tiada bicara yang boleh diganti pengorbananmu , melainkan doa ,kejayaan d  dunia n akhirat , dan anak soleh dan solehah untuk kalian berdua ..



No comments:

Post a Comment