Thursday, August 18, 2011

PINTU AKU SUDAH DIKETUK OLEH YANG MAHA ESA

hati meronta 
inginkan sentuhan kalbu darimu
ingin rasakan hangat cinta sejatimu
wahai selasih

betapa kuat getar bibir ini
memanggil namamu
betapa laju jantung menggegar
hanya semata-mata 
inginkan belaian darimu 
terasa ingin dipeluk dari imanmu dan tubuhmu

namun 
sudikah engkau memeluk tubuh luhur ini
sudikah engkau memegang erat tangan ku ini
kerana semata-mata aku telah berubah
aku berubah kerana yang batil dan hakiki

mungkin aku tak perlu lagi
pelukan manja di waktu malam dan suara lesu longlai 
di waktu malam
wahai kasih

kerana hati sudah lebur, tawar terasa 
dan tiada lagi rasanya madu 
yang tinggal hanya rasa hempedu pekat 

dan 
mengejutkan rohani dan batin aku 
semuanya itu kerana allah
Allah mengetuk pintu emas buatku
pintu taubat luas terbentang
supaya aku dapat menyesali 
segala dosa semalam 
ketika aku bersamamu .. 

IKHLAS dari wakitabuhu/ pemiliknya ....
pic time p broga hill -team pencak s


No comments:

Post a Comment