Saturday, May 21, 2011

betulkah ia jiwa si penulis " aku vote semua yang bergelar penulis "

bumi melayu bergegar 
bergegar kerana satu maklumat 
satu suara kedengaran 
mengapa dan bagaimana 


bagaimana nasibnya
kerana si usia sedang ketawa terhilai 
menghilai di balik cagaran kulit wajah paparanmu
mana simbiosis diri 
mana janji pertuanan 


diri batin kau diejek
hanya sungai  lesu mengalir di balik kelopakmu
hanya bisikan suara tua 
yang membingitkan ruang simen
yang menjalar ruang kertas 
yang mengadu ruang tetikus


jangan kerana permintaan
kau menghina dirinya yang bergelar penulis 
adakah kau mengenali setiap wadahnya
andai kata kosong jiwamu
kenalilah jiwa, madah dan wadahnya
kerana pergerakan sendinya 
adalah untuk cicit bangsanya 

nukilan " saya nak perpuisi " ..

No comments:

Post a Comment