Saturday, August 20, 2011

..............

DR VIRGINIA HOOKER ( prof  us )  - MENILAI  sosial dan sastera melayu ... kalau org putih mcm ni , nape tidak aku ....   bangunnnn ! .. " btul kata pm " ikut jejak timur "

UNIC .. ATAS NAMA CINTA ...

aku nak kongsi satu cerita , korang nak tau tak , lagu unic : atas nama cinta . 

hari tu aq ada tgk satu siaran tvsyen - nasyid la , pastu salah seorang dari kump unic cerita sal kehidupan lagu ini . dia cakap lagu ni dicipta khas oleh seseorang , dia kata lagi , ada seorang lelaki , memang sayang gila pada awek dia , sayanggggggg gila-gila " version budak sek men cakap " tapi aku bukan lagi budak sek men , tapi budak u . ha,ha.. pastu , sedang dia bercinta dia hampir terlanjur . pada satu ketika dia dapat hidayah, llki itu pun terpaksa melepaskan cintanya pada ppuan ni , walaupun hatinya amat berat untuk laksanakan , alaaaa korang macam tak biasa tgk org bercouple ni , aku tak pernah tgkk , ha,ha.... coverla sikit ye takk ,,, pastu dia pun tinggal la ppuan ini , demi agamanya . 


sedih tahap gabann orang muda cakap , macam la aku ni muda sangat , umur dah 20 lebih dah yokkkk .. pastu si llki ni berkata dalam sujudnya " jika dia benar-benar dia cinta aku , dan aku terpaksa leraikan ikatan percintaan ini , maka kau satukanlah cinta kami di syurga sana .. wahhh aku bila seorang daripada kump unic cakap macam tu , aku rasa nak nangiss .. dsyatttt nya cinta. pastu aku fikir , boleh ke kalau aku ditempat llki itu dan buat cam dia . 

sanggup dia tinggalkan kksih dia demi yang esa , satu pengorbanan cinta , dan bila aku dgr bait-bait lirik lagu ini , sangat -sangat-sangat menyentuh perasaan .. 

" jika itu cinta kami kau satukanlah ia di syurga sana " ... 

tu je dapat aq share ... 

saje aq nak share ...doa ...

lidah aku mmg terasa nak ucap je note ni , tapiiii , tak mungkinnn ... tak layak !

yaallah, seandainya telah engkau catatkan ( ..............." nma kkasih ) ha,ha,, kelakar la pulak , tapi aku tak pernah cuba , pastu , tercipta buatku , satukanlah hatinya dengan hatiku, tetapkanlah kebahagiaan antara kami , agar kemesraan itu abadi.

yaallah ya tuhanku yang maha pengasih, seringkali kami melayari hidup ini ketepian yang sejahtera dan abadi
tetapi yaallah, seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milik aku, bawalah ia jauh-jauh dari ingatanku , dan peliharalah aku dari kekecewaan

yaallah ,yang maha tercinta, gantilah yang engkau telah hilangkan itu, tumbuhkanlah kembali yang telah patah , walaupun tidak sama dengan dirinya

yaallah , ya tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdirmu, sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan, adalah yang terbaik untuk diriku kerana engkau maha mengetahui segala yang terbaik untuk hambamu ....

#  itulah salah satu doa yg dpt aq share d blog yg x seberapa aq ni ... itu pun aq ambil note doa n time aq baca buku apa entah ,, lupa sudaaa . apapun kita berserah pada yg esa akan jodoh, mati, rezeki , dan kbahgiaan .. w/pun dah ditentukan , namun kita jugak perlu berdoa , supaya mndpt yg terbaik ... ...

cau duluuuu ,,

Friday, August 19, 2011

corat coret pagi jumaat yang kamal inii ...


kalau dahulu semasa aku masih berada di sekolah rendah , aku selalu mentertawakan orang , adakalanya aku usik sahabat-sahabat aku, semata-mata aku bosan ,bosan,bosan. aku seorang yang aktif bersukan , sehinggakan ,kulit wajah  pun bertukar warna , kalau muka macam cina , ok la jugak , ni tak , makin di tambah dengan terik matahari yang memancar , sebab dahulu aku suka acara padang , sangat,sangat ,sangat mencabar  tumpuan . aku ramai kawan , dari satu sekolah , hingga ke sekolah yang lain , tiada apa-apa untuk aku jelaskan tentang mereka yang ada adalah kenangan bersama -sama mereka untuk mendapatkan medal dalam setiap acara. kalau dulu aku suka sangat bermain acara padang larian berpagar, 100 m, 200 m, dan lagi,lagi,lagiiiiiiii . memang mantapp , kalua dulu aku kalau nak bersukan mesti akan cari seluar pendek , ok la tu sebab dulu aku kecil lagiiii , tak de yang menarikk jugak punn , ha,ha.... tapi sekaramg lau buat cam gitu ,habisss akuu.
bila aku naik je drjah 6 aku mulai kurangkan sukan aku tu , maklumlahh nak examm , masa aku berada di sana selama 6 tahun , aku dapat belajar erti persahabatan ,aku jgak dapat menyaksikan cinta monyet kawan aku , tapi aku tak cuba untuk bercinta , maklumlah aku tak pandai bab macam ni , kalau ye pun , siapa la aku ni , rupa tak da harapkan hati je lawaaa , cehhhh , angkat bakul yokkk ,tak pa la , kalau aku tak angkat , siapa lagi nak angkat bakul aku , ha.,ah....
ada 2 budak ni , asyik dok kacau aku je setiap hari , yang sorang ni , dah ada makwa , tapi dok kacau aku , dia ejekkkkk akuuuuuuu , harghhhhhh , aku tau la aku ni tak secerah erra faziraaa, maklumlahh aku budak sukannn , tiap-tiap hari aku ni kacaunya , ada jugak sampai nangiss , alooooo sedih betull  nama dia mihd zulkarnaii , wahh nama dah macam penjahattt ,, ayoooooiii .he,he... tapi kalau dia tak buat mcm tu , mungkin tak de kenangan kod di sekolah rendah tu .. kemana agaknya dia kan , tapi dia kacakk dokkk ... untung sape dapat dia .. kata orang kalau llki asyik dok usik je, sebenarnya dia adalah sebahagian jodoh kita , aku LANGSUNGGG tak percaya dokk , MALASSSS AKU NAK PERCAYA .
llki yang sorang lagi ni , selalu kacau aku bila aku nak balik dari sekolah , patut ke dia menyorok di balik hutan belakang rumah orang , terus buat aku terkejutt , gila punya orang .. ha,ha.. tapi tak pa la janji dia da buat aku gembirakannn ..





ALAM SEKOLAH MENENGAH
HA,HA... penat nya aku dok taip je note ni, jap nak minum japp , ahaii takkan tak puasa kod ,,, ahaiiii puasa , faham-faham je lahhh .. aku masuk sek men , waduhhh , gumbiroooooo ase . tapi takut sebab sek men dari segenap sekolah lan kan . masa sek men tak de yang happy dan menarik perhatian aku , tapi bila aku naik f 2 , waduhh ada sorang mamat hensemmmmm ni , asyik dok pandang aku semacam je .. gila ke apa , kononnya nak mengurattt aku la ni.. aku tak sempat nak berpacaran sama dia , dia pindah sekolahh , time tu aku lupa nak ambil no phone , adoiiii , aku lupa nak ambil alamat , adoiiii , tapi sampai sekarang aku masih ingat nama dia , ok la tu kannn . aku sorang yang terus terang , maaf lah kalau sikap aku ni menyebabkan orang lain susah nak memahami aku , terpulangg , nama dia ,jeng,jeng,jeng,, mohd syawal alafi bin che deraman , fuhh hensemm macam china dokk muka dia . ok la tu , sekurang-kurangnya ada juga orang yang suka kad aku , dulu aku tak tahu halal,atau haram bercouple , harammmmmmm dokkkk. mamat ni pun pindah la sekolahh , menyesall akuuu . tapi sekarang dia dah sme text mssng .. alahaiiiii sayangnya ... harap-harap dia happy .
aku keseorangan  lagi , pastu ada la budak dok kacau aku , tapi aku tak layan dah , buang masa , mungkin time tu aku dah out kod  hati aku ,atau aku dah close ati aku untuk mana-mana lelaki , sebab aku kecewa nii , kecewa .. aku tak layannnnnnn , sampai la aku habis ting 6 sekolah tuu , tapi time close pun aku ada jugak suka budak ni , boleh la tahannnn , nama dia , aku tak boleh kasi nama penuh sbb dia ada fb , pastu aku pulak ad dia , lau aku kasi nama penuh jawabnya aku letak pisau dkt leher aku , nama dia ..... ayie ,nick name je lahhh , malu aku , sbb aku tahu siapa diri aku ... aku dapat exm stpm boleh tahan , tiada siapa jangka  keputusan itu , padahal aku jawab exm tibai je , budak pandaiii , ha,ha. perasann , tapi aku sedih kawan yang bagi aku pinjam buku , yg ajar aku math , apa semua tak dapat p ipta ,, sedihhhhh , MAKA KAMI PUN BERPISAHHH SEMUANYA , bawak hal masing-masingg ,samalah dgn ayiee tu , dia da dekat upsi sekarang ni , nak tgk fb dia , taip lahh ........ tak leh g tau wehhh ..



IPTA
kalau d ipta, aku belum temui lagi dambaan hati , maklumla kan semua llki kad sama rata-rata dah ada makwa , buat apa aku nak sedih , biarlahhhhh ,janji aku tak kacau pakwa orang sudahh , sunyi jugak hidup sorang-sorang walaupun yang teratas bagi aku dalah ALLAH s.w.t . aku malas nak citer panjang`2 d ipta ni , sakit aku belum reda lagi , luka aku belum sembuh , kalau aku ingat , pasti habis buku atas meja aku ni , aku balingggg , bergegar rumah asanya ,,,,kata orang apa yang kita pandang baik , cantik tak semesti ia cantik , dan tak semua yang kita pandang hina , tak semesti hina selama-lamanya , dan yg hina inilah yang akan menggembirakan kita .. aku tahu aku tak patut ungkit perkara macam ni , dari sek rendah -men -ipta . tak patut tapi kenangan aku bersama sahabat sangat bermakna , ada sedih , ada gembira , kerana itu rencah buat aku , menita usia dewasa . maka aku lepaskan semua itu , aku mulai hidup baru , kadang-kadang dia ada jugak berhubung dengan aku , tapi maaf lah saudara aku , memang takkan layan, maaf sangat-sangat... sebab aku tahu yg sepatut aku cintai ialah ALLAh .aku mecari sang sejati bukan sang penipu ! dan tak salah aku kini merindui sahabat-sahabat yang pernah menjadi sahabat pada aku , kerana engkau sahabat , dunia dan akhirat , bantu aku , sokong aku ketika aku jatuh , dan aku tak mahu sahabat yang bertopeng,dan aku pernah rasainya . sangat sakit dari bercinta .
kenangan semata-mata ,corat-coret di pagi jumaat yang indah dan kamal ini, semua yang aku note itu adalah ikhlas dari aku  , tak ada niat untuk aku menjatuhkan maruah sesiapa sekadar berkongsi alur hidup , dan sekadar nak habiskan bil eltrikkkk rumah aku , dan sekarang mak ayah aku tengah membebel kad  aku suh aku bhenti main fb , blog , twittt , alahaiiii aku bosan dok rumahhh je .. apa pun tq ar sbb dia yang bagi aku beli segala berukkk band ni lau tak , masak aku macam hari tu , beratus dia sbb kena bayar bil yang tertunggakkk .. ok cau duluuu , salam sayang salam ukhwahhh sahabat .. sayang kamuuuu ... muahhhh ..






Thursday, August 18, 2011

pada kehidupan

bagaimana harus hidup kau mentafsir
bukan apa hidup itu , sayang

hingga melampaui telaga
satu satu hidup kau buka

kerana kau memeilihnya
terbang saja kau hingga ke negeri ghaib

namun kau tetap kasihku selama

lagu demi lagu perkahwinan berkembang
bunga -bunga bercintaan di awan

kita sendiri-sendiri menuju perahu hitam sekarang
menolak mimpi-mimpi hati ke sisi

kita terharu sama-sama pada hidup jarak

# suhaimi haji abdullah ......:)

PINTU AKU SUDAH DIKETUK OLEH YANG MAHA ESA

hati meronta 
inginkan sentuhan kalbu darimu
ingin rasakan hangat cinta sejatimu
wahai selasih

betapa kuat getar bibir ini
memanggil namamu
betapa laju jantung menggegar
hanya semata-mata 
inginkan belaian darimu 
terasa ingin dipeluk dari imanmu dan tubuhmu

namun 
sudikah engkau memeluk tubuh luhur ini
sudikah engkau memegang erat tangan ku ini
kerana semata-mata aku telah berubah
aku berubah kerana yang batil dan hakiki

mungkin aku tak perlu lagi
pelukan manja di waktu malam dan suara lesu longlai 
di waktu malam
wahai kasih

kerana hati sudah lebur, tawar terasa 
dan tiada lagi rasanya madu 
yang tinggal hanya rasa hempedu pekat 

dan 
mengejutkan rohani dan batin aku 
semuanya itu kerana allah
Allah mengetuk pintu emas buatku
pintu taubat luas terbentang
supaya aku dapat menyesali 
segala dosa semalam 
ketika aku bersamamu .. 

IKHLAS dari wakitabuhu/ pemiliknya ....
pic time p broga hill -team pencak s


BISIKAN KOTA TUA

Dulu aku perlukan segala jentera
untuk aku bangunkan kota tua ini
dulu aku inginkan suara-suara kesibukan
dulu juga aku risaukan kesunyia
yang akan mencakar batin dan perasaan aku

dulu aku bantah segala jawatan dan lawatan 
kerana aku risau akan cicitku
tidak mengenal apa itu becah 

tapi 
semuanya hilang dari benak fikirku
jika dulu aku cintakan kesunyian
tapi kini aku benarkannya cinta segala kesibukan dan kegairahan
aku benar sayang akan jentera
jentera pelbagai warna hiasan

kalau dulu aku ingin membahagiakan
cicit dengan kota tua 
namun kini aku buang segala kalau
dan kini aku inginkan kemewahan
untuk cicit aku dihari ini,esok,lusa,
dan sampai tua
seperti kota tua ini

kini kita kembali sibuk
dan bukan lagi kota tua
yang akan mati di dalam lumpur pekat 
kerana kau dibangunkan
kau dibangunkan dengan modal 
sehingga kau digelar jagat raya
yang akan memukau pandangan manusia lain
untuk menilaikannya 

Monday, August 8, 2011

ha,ha... jom imbas kisah dulu

hari ini hari ke 8 aku dan semua umat islam berpuasa , dan ini juga bermakna hampir 2 minggu aku sudah tidak berhubung dengan seorang sahabat aku yang bernama ....... ni . entah la " urmm nak kata aku buat silap rasanya tak mungkin kod , bagi aku keikhlasan dalam persahabatan itu lah yang menjadi benteng kepada aku , apapun biarlah " kata orang kalau orang itu tidak sukakan kita , lepaskanlah , dan jangan kita yang benci  pada orang tersebut " dan mungkin bagi dirinya aku hanyalah penyibuk kodd ,, adoii macam mana aku boleh fikir yang negatif je pasal budak ni " . tapi nampak ketara jugak la kalau dulu aku dan dia asyik berhubung je , tup-tup dah tad de lagi , dan sudah tidak ada khabar lagi . biarlah ia berlalu tanpa rindu .. biarkan ...

urmmmm malam ni tetiba je mood aq ni nak kongsi pasal cinta , iaitu cinta pada makhluk Allah , iaitu manusia . khususnya cinta pada seorang lelaki . mesti semua remaja yang sebaya dengan aku telah memiliki raja di hati . raja itulah yang menjadi penaung segala semangat . apapun bagi sesiapa yang sudah punya cinta , syukurlah pada yang Esa, dan jagalah cinta itu sehingga kita  dapat membina sebuah masjid yang indah untuk dunia dan syurga abadi.

urmmmm , bagi aku, he,he... aku pernah la jugak rasai dicintai je , bukan mencintai , urmm nak buat macam mana ,kalau orang tak sudi takkan kita nak paksa . biarlah , kadang-kadang aku ni terfikir jugak , nasib baik la jugak Allah ni , tak teruskan hubungan kami , kalau tak entah apa kan jadi .. aku rasa mungkin ini adalah cinta dari  cinta syaitan dan jin . yang aku inginkan cinta dari Allah je . urmm dalam menanti kemasukannya aku untuk sem baru ini , aku terfikir jugak bahawa mungkin sudah tiba masanya untuk aku melepaskan perasaan aku yang entah apa-apa , suka perasan , biasalakan perempuan , tapi kalau tak de sifat macam ni , boleh dikategori sebagai binatang , sebab binatang je yg x de sifat perasan ni ,, he,he....

mungkin untuk cinta aku " dunia dan akhirat " aku berserah pada takdir , biar takdir yang menentukan . kadang-kadang aku teringin juga mahu bercinta selepas berkahwin je , buat apa aku bercinta cintun sebelum kahwin .. aku sudah tahu dosa pahala jika menjalinkan hubungan sebelum kahwin ni , so buat apa aku diam je , teruskanlah keinginan itu..

walaupun aku rasa syukur jugak sebab dengan hadirnya seorang lelaki ini , aku boleh belajar erti cinta .. hahhhh menyampah betul si dia ni .. malas aku nak ungkit kisah lama , kalua aku ungkit buat aku dapat dosa je ,, biarlah kalau aku yang silap  , aku pohon maaf , tapi kalau si dia yang silap aku harap ,harap,harap biarlah si dia akan dapat apa yang diinginkannya, bak kata org apa yang kita suka , x semestinya terbaik dan sihat untuk kita , dan yang kita tak suka dan benci inilah yang akan menjadi penawar ..

aku syukur sangat sbb aku bukan kekasihnya .. syukurrr yaallahhhhh .. apa pun aku bukan lagi sarah yang dulu , yang mudah melayan , kasihan , pujukan .. semua itu terbuang bagai tin kosong , apa pun isian aku diisi dengan doa , dan berkat , semoga yang patah dan hilang itu akan diganti dengan permata , dan aku yakin aku akan mendapat yang terbaikk untuk dunia dan akhirat . dan jika aku dianugerahi cinta , biarlah cintaaku cinta dunia , cinta akhirat , dan cinta aku sehidup semati .. kerana aku mahu mencintai diri mu yang teratas .. cinta pada allah , cinta pada rasul , cinta pada diri , cinta pada ibu ayah , cinta pada sahabat , dan cinta pada alam ..

oii lelaki bodoh , kalau engkau tahu apa makna cinta , dan kekasih hati , kau tak akan melaram dengan segala kata -kata manis dengan mana -mana wanita , walaupun wanita itu adalah ex engkau .. jangan biar rahsia suara engkau tentang sayang tak kan pudar dan hilang kerana ia adalah untuk orang tersayang sahaja ..
DEPENDS LERR ..

cauuu dulu , hati gua sudah malahhh ma. panass maa ... rasa nak penamparrrr jee .... ni .. apapun aku ikhlas dalam persahabatan ... tataaaaaaa ..:)

Friday, August 5, 2011

cinta d fb === boleh ke !

hari ini , dah masuk hari ke-5 umat islam menyambut bulan ramadhan .. untungnya pagi ini aku bangun awal daripada hari-hari yang biasa... hari ini tetiba je aku nak update aku punya blog , dah lama aku x masukkan entry baru .. rindu nya nak berblog , tgklah mungkin sem depan aq aktif blog kod daripada berfb , yang adakalanya entah apa-apa itu .. hurmmm hari ini aku nak kongsi tentang hati ..

apa yang aku tengok la kan kalau kita bercinta melalui fb , ni ,tak kan kemana-mana atau tak de penghujungnya.aku pernah juga merasai cinta d fb ni ,, oihhh menyesall la jugakkk .. kononnya nak eratkan ta`aruf , hurmmm ,masa tu aq tak tahu lagi sebab dan akibat , maklumla kan orang kata jiwa remaja ni , jiwa yang tak boleh dikawal dan jiwa inginkan kepuasan ajee .tapi aku layan lelaki di fb ,hanya sekadar layan je , bukan lebih apapun . nak dijadikan cerita , suatu hari tu , aku buka la fb , masa aku buka fb tu , ada ler seorang ni dia post pasal ta`aruf ,pastu cinta di fb "adakah berkesan" ..hurmmm aku dah lupa tajuknya . tapi bila aku baca memang terasa la pedasnya  ... aku baca dari awal hingga akhir .. hurmm banyaknya dosa aku .. kadang-kadang kan benda yang kecil pun ,boleh menyebabkan kita sedar dari perbuatan kita .. melalui pembacaan itu aku mulai sedar diatas perbuatan aku. melalui pembacaan itu juga aku mulai sedar bahawa tidak semudah untuk bergelar seorang wanita.


ermmmmmmmmmmmmmm .. nanti aku sambung balik entry ni , sbb dah times out ,,,, tata ...