Kalau
Jiwa pudar
Tak ingin aku meresapi kekayaanmu
Tetapi diri
Tetap inginkan kata-kata masyikatt
Jiwa
Siapa tidak mengenali kata-kata jiwa
Bila jiwa meronta dan meronda seluruh jasad
sakit berlagu
Hati tetap bercelaru tanpa mengalah
Akal
Tetap menegak kekayaan dan keadilan hikayat
Nafsu
Ketawa berdeham sambil mengilai kerana dosa semalam
Akhirnya hati dan akal bersatu
Bersatu membina jiwa baru
Nafsu
telah diganti pakaian suci
Nafas
Dari wangian shahdu dilunturkan dari dalam sehingga keluar dari rajah mulut
Lalu membasahi bibir
Kucupan kening memang terasa dalamnya sungai baldu
Lalu
Sambil terasa baldu lembut
Lidah ku kedengaran menyebut
Namamu Ya Tuhan
Lalu seluruh jiwa , nafsu, hati bersatu dan melahirkan anak baharu dan zuriat putih .
No comments:
Post a Comment