kau sematkan langkah
menuju kersani
paluan gong
membakar langkah
umpama seni mengalir arus
dalam arus terletak sungai merah
yang berlipat
di balik pembuluh
tersemat sejuta kesaktian
darah saka darah fitrah mentera
pekat ligat yang menyusun
ada kekuatan titik kelincahan
setiap langkah diikat dengan pelbagai madah niat
niat yang menjadi pertuanan
kerana diri pejuang saka
kerana aku mengalirnya darah adat melayu ....
No comments:
Post a Comment