Monday, June 6, 2011

kisah dira / rh .. post blog d dini hari

tuai padi antara masa 
esok jangan layu-layuan ...



dira budak baru belajar, setiap hari dira akan kuatkan semangat untuk mencari seikhlas mana ilmu. hati dira di panggil untuk menceloteh bersama teman di laman maya ..
dira tak pernah merasakan dirinya hebat. setiap hari dira akan berdoa supaya suatu hari nanti dira akan dapat apa yang dira impikan.  dira impikan kebahagian untuk di dunia dan nun sana , walhal kebahagian untuk dunia langsung tiada kaitan, yang hakiki kebahagian itu hanya ada di akhirat saja . dira nak kan kejayaan untuk dunia dan akhirat , betullah kata imam -imam kita , kalau nak berjaya , kita kena kuatkan dunia dan akhirat ..
dan......jugakkkk ....
betullah kata pujangga , cinta itu datang dari allah , sayang itu datang dari nafsu , rindu itu datang dari kenangan.
dira begitu teruja dengan segala pertanyaannya tersebut. pernah sesekali dira terfikir " tak kan aku nak pisang berbauh dua kali" sedangkan aku tahu akan kesudahannya.. dira mahu menyepi , tetapi hati mulai galak berbisik , andai itu adalah untuk diriku , syukur ku utuskan pada yang esa. setiap hari dira terkenangkan kenangan bicaranya . sifat yang di wajahkan pada dira , seakan-akan , hati dira ingin memilih jiwa,, menguasai  zahir batinnya dan seluruh hidup . dira terfikir dia lah yang terbaik.

tetapi .....

dira tahu, sifat hidup dan sel nya, dira tahu yang dirinya memang bukan untuk dirinya , dira juga pernah terfikir akan kesudahan. bagi dira ,dira  takut untuk mengakui bahawa dira jatuh hati padanya, kerana dira tahu siapalah dira . dira tiada apa-apa , dira tiada rupa , secantik dan semanis perempuan sana, tetapi dira ada kesetiaan " kesetiaan sampai ke akhir hayat dira . betullah kata sufi, jangan memandang pada rupa , kerana rupa boleh dicanai , jangan dipandang pada kecantikan ,kerana ia adalah sementara , tetapi " kau pandang lah dengan  mata hati , bahawa kecantikan seseorang wanita itu akan terserlah bila , diri nya bijak dalam menutup segala pintu maksiat , bijak menjaga keluarga daripada kemungkaran.

andai kata ia adalah satu kebetulan dira terima dengan seadanya , kerana dira tahu siapa dira , tetapi jika ia adalah satu persinggahan yang abadi dan indah , dira gembira menyambutnya dengan syukur ..
dira tak mahu perasaan dira dipermainkan. dira mahu keikhlasan, dan bagi dira , dira tak mahu lelaki yang hanya ingin buat dira buta . iaitu " buta cinta" dan dira mahukan " munajat dari doa cinta " .


" lucu weh  tgk pic ni .. ha.ha..ha..... "
idea mencurah-curahh .. ha.ha... adoiii ..

No comments:

Post a Comment